Saturday, 16 May 2015

SEJARAH GELAP SARAWAK - RUSUHAN ANTI-MALAYSIA DI SARAWAK 1961-1963


Video ini adalah untuk tontonan semua warga Sarawak. Sememangnya sejarah Sarawak telah dimanipulasikan faktanya dengan kenyataan yang tidak benar di dalam buku sejarah terutamanya buku sejarah di sekolah. Pihak sekolah khususnya pendidik warga Sarawak haruslah menceritakan perkara yang sebenar tentang sejarah Sarawak.

Hal ini terjadi kerana kepentingan rakus oleh kepimpinan Malaya sejak bermula pembentukkan Malaysia. Kepimpinan Malaya yang di perintah oleh Tunku Abdul Rahman pada ketika dahulu hanyalah mahu mengeksplotasikan pendapatan dan sumber Sarawak yang kaya ini begitu juga dengan Sabah demi untuk pembangunan di Malaya. Secara benarnya ianya memang terjadi kalau kita lihat pada masa kini.

GBS bukanlah mahu menunjukkan sikap sentimen yang boleh merosakkan perpaduan rakyat Sarawak dengan rakyat semenanjung tapi ini adalah untuk membuka mata rakyat Sarawak bahawa kepimpinan Malaya yang bertopengkan Malaysia ini hanyalah membawa sia-sia dalam perjuangan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.


No comments:

Post a Comment